As-Salam
Definisi cintaku...
Saya bersetuju dengan kata-kata hilal ashraf,
kalau namanya cinta,pastilah membawa ke syurga.Jika tidak ke syurga bukan cinta namanya.
Hilal benar...
Rumah tangga adalah gedung pahala. Jadi jika sebuah rumah tangga menjadi sebuah gedung maksiat, lebih baik membujang...
Definisi Cinta saya lebih kepada pembinaan manusia. Dengan berkahwin bermakna kita bersedia untuk nemikul sebuah tanggungjawab membangunkan ummah. Jadi sedianya saya ialah apabila saya bersedia untuk mendidik manusia kecil ini. Sedianya saya adalah bersedia mengasuh insan pinjaman ini sebagai penambah bekal di akhirat. Sedianya saya apabila telah berusaha melengkapkan ilmu keibu bapaan di dalam diri saya.
Itu definisi cinta saya.
Tidak sedikit jika kita lihat pada zaman kini, terlalu banyak masalah sosial yang berlaku. Pergaulan bebas berleluasa, zina bermaharajalela, samseng, buang bayi, rogol, merokok, lumba haram, dadah, arak dan macam-macam lagi masalah remaja. Bagi saya, masalah ini takkan datang dengan tiba-tiba. Pasti ianya telah lama bertapak sedikit demi sedikit semasa pembesaran anak-anak ini.
Anak-anak dilahirkan umpama kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya menjadi Yahudi, Majusi dan Nasrani.
Kain putih yang dimaksudkan di sini ialah fitrahnya yang bersih. Di sini, saya berkongsi kerisauan saya mengenai tanggungjawab yang bakal saya galas suatu hari nanti insyaAllah. Saya khuatir jika saya ini terlalu banyak kekurangan lalu menzalimi manusia kecil ini yang akan diamanahkan kepada saya.
Saya cuba untuk mengambil pelajaran daripada kehidupan ini. Saya tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada anak-anak saya. Walaupun apa yang saya belajar ini mungkin hanyalah teori semata dan belum lagi mengaplikasikannya lagi dalam hidup saya.
Saya berusaha menyayangi kanak-kanak dan haiwan walaupun diorang tak comel, saya tetap akan sayang jugak. he he he. Saya berazam nak simpan gula-gula, coklat atau apa-apa yang disukai kanak-kanak dalam beg saya. Jadi, bila saya berpeluang berjumpa mereka, pastilah saya mahu cuba mengambil hati mereka dengan mengembirakan mereka.
Saya juga akan cuba, cuba dan cuba untuk terus mengawal marah saya. Sikap pemarah hanya akan memusnahkan jiwa kanak-kanak. Betapa kanak-kanak ini menagih senyuman ibu bapa mereka. Walhal ibu bapa sendiri tidak sempat senyum lagi kerana telah letih pulang bekerja.
Bayangkan seorang ibu yang sedang marah mendukung bayi yang tidak berhenti menangis, boleh jadi dicampak saja bayi itu supaya diam. dan terus diam selama-lamanya...
Bayangkan seorang ibu mencubit anaknya yang OKU kerana hilang sabar melayan anak ini yang memerlukan 10x lebih perhatian daripada anak biasa.
Bayangkan seorang bapa yang tidak langsung menghiraukan anak mereka kerana sibuk bekerja. Sehingga apabila dewasa, keluarga itu menjadi sunyi tanpa gelak ketawa kerana semua itu telah direntap dengan kekerasan ibu bapa dalam mendidik.
K, nak tido. Bayangkan...
Comments
Post a Comment