Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Nikmat

Assalamualaikum wbt. 15 minutes to dhuha and taklim sempat lagi nak menaip blog. Sebenarnya daripada kelmarin nk tulis blog tak sempat. Kawan kata kalau tulis blog lambat2 mesti mood masa membuak2 nk menulis tu dh lupa... hi hi hi... Hari ini nak tulis mengenai nikmat. Nikmat Allah yang bertingkat-tingkat. Bermula dengan nikmat keduniaan yang paling rendah kepada nikmat kesihatan dan seterusnya nikmat agama yang tertinggi! Nikmat keduniaan Nikmat keduniaan ni yang semua orang dpt merasainya.Bahkan orang-orang kafir juga mendapat nikmat ini. Nikmat keduniaan di sisi Allah adalah lebih ringan daripada sebelah sayap nyamuk. Cuba kita kumpul banyak2 sayap nyamuk lepas tu kita timbang. agk2 berapa banyak sayap nyamuk diperlukan untuk menggerakkan julat penimbang tu??? Bila saya ni berebut-rebut akan dunia ini tidak lain hanyalah seperti sampah sahaja dunia ini di sisi Allah. tidak berharga. Allah... Nikmat kesihatan Kenapa nikmat kesihatan ini lebih tinggi nilainya berbandin

Mencium Bau Syurga

Assalamualaikum w.b.t. Semasa peristiwa nabi S.A.W. di Israq kan, nabi S.A.W telah melihat ramai wanita berada di neraka berbanding lelaki. Perkara begini sepatutnya menjadi sebuah kerisauan terhadap wanita-wanita dan isteri-isteri kerana wanita-wanita yang disebutkan di atas, adalah wanita-wanita yang solat dan juga berpuasa. Tetapi kenapa wanita-wanita ini tetap di azab oleh Allah S.W.T. Allah janji 3 perkara buat wanita yang ingin masuk ke syurga. 1) solat, 2) puasa dan 3) taat akan suami. Astaghfirullah... Perkara ke 3 inilah yang wanita sering terlepas pandang T.T. Bau syurga itu dapat dihidu sejauh 500 tahun perjalanan Amat merugikan jika wanita tidak dapat menghidu haruman syurga ini. Pesanan kepada diri saya ini lah...yang sebenarnya tak tahu bagaimana cara untuk taat seperti benchmark yang ditetapkan Allah dan rasulNya. Meneladani Saidatina Atikah R.Ha. Pada suatu hari Rasulullah telah berkata kepada puterinya Saidatina Fatimah R.Ha bahawa beliau akan menjadi pen

Susah payah dalam agama

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah kita telah masuk ke fasa ke-3 dlm bln Ramadhan. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk buat kebaikan. Bertuah rasanya dpt jadi umat nabi Muhammad S.A.W, penghulu segala nabi dan umatnya menjadi penghulu segala umat. Allahuakbar! Sungguh pemurah Allah. Umur umat akhir zaman ini pendek-pendek. Kata nabi, lebih kurang 60-70 tahun. Jadi, lailatul Qadr ini adalah satu kemurahan drp Allah S.W.T supaya ibadah kita menyamai ibadahnya umur umat terdahulu. Satu malam al-Qard bersamaan 1000 bulan atau 83 tahun di darab dengan 70 gandaan pahala. Sekurang-kurangnya kita perlu jumpa 10x al-Qard dalam hidup ini. Susah payah dalam agama. Jika kita ingin syurga, jadi kita memang perlu akan susah payah itu seperti para sahabat sahabiah dahulu. Sebuah dialog antara wanita dunia dan bidadari syurga: Kami lebih mulia kerana kami dicipta daripada cahaya dan tidak pernah berbuat dosa, kata sang bidadari. Balas wanita dunia, kamilah yg lebih muli