Skip to main content

Nikmat

Assalamualaikum wbt.

15 minutes to dhuha and taklim sempat lagi nak menaip blog.

Sebenarnya daripada kelmarin nk tulis blog tak sempat. Kawan kata kalau tulis blog lambat2 mesti mood masa membuak2 nk menulis tu dh lupa... hi hi hi...

Hari ini nak tulis mengenai nikmat. Nikmat Allah yang bertingkat-tingkat.

Bermula dengan nikmat keduniaan yang paling rendah kepada nikmat kesihatan dan seterusnya nikmat agama yang tertinggi!

Nikmat keduniaan

Nikmat keduniaan ni yang semua orang dpt merasainya.Bahkan orang-orang kafir juga mendapat nikmat ini. Nikmat keduniaan di sisi Allah adalah lebih ringan daripada sebelah sayap nyamuk. Cuba kita kumpul banyak2 sayap nyamuk lepas tu kita timbang. agk2 berapa banyak sayap nyamuk diperlukan untuk menggerakkan julat penimbang tu??? Bila saya ni berebut-rebut akan dunia ini tidak lain hanyalah seperti sampah sahaja dunia ini di sisi Allah. tidak berharga. Allah...

Nikmat kesihatan

Kenapa nikmat kesihatan ini lebih tinggi nilainya berbanding nikmat dunia? Kalau saya sakit mata dan doktor kata TIADA LANGSUNG penawar bg penyakit saya ini, maka dunia dan seisinya sudah tiada nilai lg. Yg saya harapkan tentulah kesembuhan penyakit saya. Satu orang yang tidak boleh kentut sudah pasti terseksa. Syukur lah kita tergolong dlm kumpulan orang2 yang diberikan nikmat kesihatan. Ingat 5 sebelum 5.

Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Sihat sebelum Sakit
Hidup sebelum Mati.

hanya orang2 yang tidak mendapat nikmat akan merasai betapa bersyukurnya di kurniakan nikmat.

Nikmat agama

Orang sakit mata paling-paling mati
Orang sakit hati paling-paling mati
Orang sakit jantung paling-paling mati
Tapi orang sakit agama paling-paling neraka

Nau'zubillahi minzalik. Sebab itu lah nikmat beragama adalah nikmat yang terpaaaaaaaaling tinggi. Alhamdulillah ya Allah atas nikmat ini. Pilihlah kami ya Allah sehingga ke hembusan nafas terakhir kami berada dalam nikmat agama-Mu.

Air mata mencurah-curah ke ladang gandum lagi hari ini.

Belum ada rezeki anak lg. Selepas period stabil 4 bulan ni, tiba2 bulan puasa hari tu puasa penuh. MasyaAllah ingatkan doa dah makbul melekat dapat anak. Tp pagi td buat upt negative.

Sebenarnya betul2 nak anak ke? Kenapanya sedih sangat? Kalau tak ada rezeki anak tak boleh ke?

Rezeki ni umpama mati. Bila datang tiada apa boleh menghalang
Nangis tersedu sedan berdrama plk pagi td. alahai... tp mulut tak cakap apa-apa. Alhamdulillah kali ini dapat jaga mulut daripada cakap benda bukan-bukan. Setiap kata-kata kan doa? Takut tercakap sesuatu yang tak baik waktu pulak tengah mustajab berdoa ke kan?

Harta dan anak-anak adalah perhiasan dunia. dan amalan soleh yang akan kekal di sisi Allah jika kita mengetahuinya

Alhamdulillah... "wastai'nu bi sobri was solat". mintalah pertolongan Allah dengan SABAR dan SOLAT.

Sabar...
Sabar...
Sabar...

Ini ujian kita. Allah tentu sudah makbul doa dalam 3 keadaan ini. Pertama makbul di dunia, Kedua makbul dengan menolak bala, dan Ketiga makbul di akhirat. Pasti salah satu drp tiga ini telah makbul.

Memang agk give up. Rasa nak pm doc jugak pepagi ni nak tanya supplement apa lg nak makan? Astaghfirullah berharap pada makhluk. Tp dalam hati masih ingat lg ayat quran "wastai'nu bi sobri was solat". mungkin sabarnya belum cukup. mungkin solatnya juga belum cukup.

Mungkin umur kami juga tidak panjang.

Kasihan anak jika kami pergi dahulu tanpa siap memberi bimbingan agama pada amanah kami.

Matikanlah kami jauh-jauh dalam usaha dakwah kami...

Sepagi sepetang di jalan Allah lebih baik daripada dunia dan seisinya






Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Lebih kurang 14 tahun lepas, sewaktu kak Hida berusia 20 tahun, kak Hida pernah hadapi masalah kulit breakout yang sangat teruk! Pada waktu tu, kak Hida merupakan seorang mahasiswi di sebuah IPTA awam. Bayangkanlah dalam keadaan kulit berminyak dan berjerawat waktu tu, agak tidak selesa untuk hadiri kuliah dan kurang keyakinan untuk kerja berkumpulan atau pembentangan tugasan kuliah. Macam-macam produk kak Hida telah cuba namun tak berkesan 🥺.  Akhirnya, emak kak Hida bawa kak Hida ke klinik untuk berjumpa dengan doktor tentang masalah kulit kak Hida ni lah. Waktu tu, doktor cuma bekalkan dengan ubat-ubatan. Lepas habis bekalan ubat tu, kena berulang alik pula untuk top-up ubat. Akhirnya, kak Hida give up dengan cara ni. Tak lama lepas tu, emak kak Hida bawa pula kak Hida ke spa untuk rawatan muka. Yang ini kak Hida suka sangat! Siapa tak suka kan kalau muka dibelai dan dimanja 😆. Namun, efek selepas rawatan di spa sangatlah teruk. Habis muka kak Hida berlubang-lubang dan meninggalka

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Boleh