Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Wahai anak...

Wahai anak yang bakal berada di rahimku...(insyaAllah) Aku rasa macam terlalu awal untukku coretkan perkara ini. Tapi aku yakin saat ini dirimu dan sahsiahmu telah terbentuk dalam diriku beberapa tahun sebelum kamu melihat dunia. Aku juga tahu bahawa remaja perlu menjaga diri dan masa mudanya agar generasi yang terbentuk kelak baik akhlaknya. Duhai anak, Ibu tidak mahu kelak kamu mengikuti perangai ibu yang tidak baik ini. Ibu mahu kamu malah lebih baik daripada ibu. Ibu tidak mahu kamu mewarisi perkara yang tidak baik daripada ibu. Duhai anak, Jika kamu perempuan, ibu mendambakan kamu secantik hurrun ain. kamu tahu siapa hurrun ain? hurrun ain adalah bidadari syurga. nama ini tercoret dalam surah ar-rahman, surah favourite ibu. Hurrun ain, bidadari bermata jeli yang tersimpan rapi. Tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin. hadiah buat orang-orang yang beriman. Jika kamu lelaki, ibu mendambakan kamu secantik Wildan Mukhaladun. Siapa wildan ini anakku? Wildan ini adala