Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Allahuakbar

Assalamualaikum wbt. Isu palestin lagi... Palestin, Palestin, Palestin, Islam, Ummah... Saban tahun kita mendengar siri perperangan demi perperangan. Sunyi. dan kembali semula. Yang kafir terus menindas umat Islam. Daripada saya kecil lagi, macam-macam rentetan peristiwa saya lihat di media. Daripada isu Bosnia, Afghanistan, Syria, Palestine. Bumi tua ini tidak habis-habis di simbah darah. Saya mula terfikir... Bagaimana pembangunan mahu berlaku jika baru negara hendak membangun slp penyerangan, dah dimusnahakan semula... Bagaimana kanak-kanak ini mahu membesar menjadi peluang Islam jika kecil-kecil lagi sudah dibom dan dibunuh kejam... Sesungguhnya orang-orang kafir ini tidak akan berhenti... Sehingga akhirnya kita semua akan menghadapi peperangan terakhir iaitu Peperangan antara Haq dan Batil. Iaitu peperangan menentang Dajal laknatullah. Mari kita revise sikit tanda-tanda kecil hari kiamat sebagai peringatan bersama: Penaklukan Baitulmuqaddis Zina bermaharajalel

Definisi Cintaku

As-Salam  Definisi cintaku...  Saya bersetuju dengan kata-kata hilal ashraf,  kalau namanya cinta,pastilah membawa ke syurga.Jika tidak ke syurga bukan cinta namanya.  Hilal benar...  Rumah tangga adalah gedung pahala. Jadi jika sebuah rumah tangga menjadi sebuah gedung maksiat, lebih baik membujang...   Definisi Cinta saya lebih kepada pembinaan manusia. Dengan berkahwin bermakna kita bersedia untuk nemikul sebuah tanggungjawab membangunkan ummah. Jadi sedianya saya ialah apabila saya bersedia untuk mendidik manusia kecil ini. Sedianya saya adalah bersedia mengasuh insan pinjaman ini sebagai penambah bekal di akhirat. Sedianya saya apabila telah berusaha melengkapkan ilmu keibu bapaan di dalam diri saya. Itu definisi cinta saya. Tidak sedikit jika kita lihat pada zaman kini, terlalu banyak masalah sosial yang berlaku. Pergaulan bebas berleluasa, zina bermaharajalela, samseng, buang bayi, rogol, merokok, lumba haram, dadah, arak dan macam-macam lagi masala