Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Usaha Masturat 3 Hari

Assalamualaikum w.b.t Banyak syukur saya kepada Allah s.w.t kerana dalam banyak2 orang Allah pilih saya untuk buat usaha masturat pada 16-18 Mei 2015, yang lalu. Betapa ramai orang di luar sana yang punya masa, kesihatan dan kenderaan tetapi Allah telah pilih saya, jadi saya mesti banyakkan syukur pada Allah. Baru jumpa jalan ini setelah 26 tahun hidup di muka bumi. MasyaAllah. Tak dapat nak gambar bagaimana hidup dalam suasana iman selama 3 hari ini yang betul2 ikut cara nabi.Bagaimana hati boleh pecah berkecai2 sebab dengar hadis Nabi S.A.W. Allah janji dengan amal sunnah nabi ada kejayaan. selain daripada cara ini, tiada kejayaan. Selamat datang ke dunia fitnah. Yang disangka benar, rupanya berdusta, Seringkali kita tertipu dan berkali-kali tertipu sedangkan telah banyak kali kita diperingatkan.Dunia ini adalah lebih hina daripada bangkai seekor keldai.Dunia ini adalah tidak berguna sedikit pun berbanding sebelah kepak nyamuk.Antara roti dan dunia jika minta ditukar ganti,