Skip to main content

Usaha Masturat 3 Hari

Assalamualaikum w.b.t

Banyak syukur saya kepada Allah s.w.t kerana dalam banyak2 orang Allah pilih saya untuk buat usaha masturat pada 16-18 Mei 2015, yang lalu. Betapa ramai orang di luar sana yang punya masa, kesihatan dan kenderaan tetapi Allah telah pilih saya, jadi saya mesti banyakkan syukur pada Allah.

Baru jumpa jalan ini setelah 26 tahun hidup di muka bumi. MasyaAllah. Tak dapat nak gambar bagaimana hidup dalam suasana iman selama 3 hari ini yang betul2 ikut cara nabi.Bagaimana hati boleh pecah berkecai2 sebab dengar hadis Nabi S.A.W.

Allah janji dengan amal sunnah nabi ada kejayaan. selain daripada cara ini, tiada kejayaan.

Selamat datang ke dunia fitnah. Yang disangka benar, rupanya berdusta,

Seringkali kita tertipu dan berkali-kali tertipu sedangkan telah banyak kali kita diperingatkan.Dunia ini adalah lebih hina daripada bangkai seekor keldai.Dunia ini adalah tidak berguna sedikit pun berbanding sebelah kepak nyamuk.Antara roti dan dunia jika minta ditukar ganti, saya juga tidak mahu menukarnya dengan dunia.

Yang beri kita rezeki, Allah, bukan gaji kita, bukan kerja kita.
Yang beri kita sihat, Allah, bukan ubat, bukan doktor.
Yang beri kita cantik, Allah, bukan mekap, bukan pencuci muka.
Kekuasaan tak mampu beri kuasa pemerintahan, tapi Allah yang beri.
Duit tak mampu bawa kita pergi Haji, tapi Allah yang jemput kita.
Yang menggerakkan kereta, Allah. Walau kita tekan pedal minyak kereta tak akan bergerak.

Betapa banyak nikmat Allah kurniakan sampai tidak mampu untuk saya tuliskan. Saya hanyalah hamba yang lemah. Hatta nak menggerakkan jari dengan izin Allah.

Rindu saya pada sahabat2 saya yang sama2 usaha atas iman 3 hari ini. 3 hari yang penuh bermakna untuk perubahan diri saya dan suami saya. Usaha atas iman untuk saya hidupkan majlis taklim di rumah saya seperti di masjid nabawi. Usaha atas iman ke atas wanita yang Allah jadikan lebih banyak daripada lelaki zaman ini. Usaha atas iman kepada mujahid dan mujahidah solehah. Usaha atas iman untuk support dakwah suami saya.

Menyampaikan kalimah toyyibah Laillaha illa Allah kepada seluruh umat manusia.Semoga dengan usaha atas iman ini menjadi asbab tersebarnya Hidayah ke seluruh alam.Isteri yang mendukung sayap perjuangan suami umpama burung yang terbang dengan kedua2 belah kepaknya supaya agama dapat terbang lebih jauh.Usaha atas iman dengan menghidupkan majlis taklim di rumah supaya agama dapat masuk ke dalam rumah bukan sekadar terhenti di pintu.

Semoga apa yang kita pelajari dapat kita dengar dan sampaikan...

Istiqomah, insyaAllah!









Comments

Popular posts from this blog

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Bo...

Hello New You! Jadilah Diri Anda Yang Baru.

Badan selalu lemau, mudah stress, period tak teratur dan berat badan naik mendadak. Itulah kak Hida 5 tahun yang lalu. Sebenarnya badan kita apabila tinggi dengan toksin, ia akan mula meradang dan muncul pelbagai jenis penyakit akibat insulin yang tidak terkawal. Bagaimana nak tahu badan kita penuh dengan toksin? Cuba cek 25 tanda di bawah. Jika ada salah satu tanda sahaja pun sudah cukup membuktikan badan kita tinggi rintangan insulin. Dengan kata lain, badan tidak sensitif dengan insulin akibat gula dalam badan yang sentiasa TINGGI! Jadi badan terpaksa hasilkan lagi banyak insulin. Lagi tinggi gula, lagi tinggi insulin. Badan anda akan mula menyimpan lemak, kurang tenaga kerana insulin tak boleh berfungsi dgn baik.  Gula yang tinggi juga boleh menyebabkan keradangan dalam badan, dan menjadi penyebab tercetus ekzema dan elergi. Fat Burning Machine  Fat Burning Machine (FBM) adalah salah satu formula kurus yg berkesan dengan melatih badan untuk bakar lemak sendiri....

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki...