Skip to main content

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki".

Memiliki [vs] Rezeki
Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi kita hanya mendiami satu rumah sahaja. Jadi 1 rumah itu rezeki kita (kerana memberi manfaat) dan 2 lagi adalah milik kita. Rezeki yang haram pula contohnya, selipar kita hilang di masjid. Lalu kita meminjam (mengebas) selipar jepun orang dgn niat akan memulangkan esoknya. Tapi kita terlupa dan memakainya sekian lama sehingga putus lalu membuangnya. Selipar itu adalah rezeki kita (kerana memberi manfaat) tetapi rezeki yang haram.

Dalam Milik Kita Ada Rezeki Orang Lain
Kita kerja dan kita dapat gaji let say 2k. Dalam 2k tu bukan semuanya rezeki kita. Mungkin 200 kita beri pada parents, jadi 200 itu adalah rezeki parents. 200 lagi kita bayar sewa rumah, jadi 200 lagi menjadi rezeki tuan rumah. Kita berjalan-jalan lalu datang seorang peminta sedekah, kita beri sedekah, lalu duit itu menjadi rezeki pemintanya. Poket kita bocor dan duit kita hilang, itu bukan rezeki kita, tapi pernah menjadi milik kita :)

Rezeki kita saling bergantungan antara sesama makhluk

Usaha [vs] Rezeki
Kita tahu rezeki ni Allah yang bagi. Tapi kita kadang-kadang tersilap sehingga kita mengatakan usaha kita adalah rezeki kita. Sedangkan milik kita belum tentu rezeki kita. Ada orang yang mengumpul harta lalu meninggal dunia. Lalu duitnya menjadi rezeki kepada anak-anaknya. Kita mementingkan kerja di pejabat sehingga solat di akhir waktu ataupun melewat-lewatkan sehingga pukul 3 kerana ad-hoc, sedangkan kita lupa Allah yang memberi rezeki. Betul, rezeki datang dengan usaha. Tetapi kerana Allah mahu memberi rezeki sebab itu kita berusaha. Kita sering meletakkan nilai usaha di depan dan Allah di belakang. Apa kata lepas ini kita letakkan Allah di depan dan usaha di belakangnya?

Menjemput Rezeki
Menjemput rezeki sebenarnya lebih mudah daripada mencari rezeki. Menjemput rezeki semudah mengajak orang bertandang ke rumah kita. Bila kita banyak kali menjemput, pasti rezeki malu jika tidak berkunjung. Manakala mencari rezeki umpama kita mencari kunci yang hilang di tempat awam. Waduh gi mana kok?
Saya nak hurai sikit pasal sedekah. Sebab saya ni dulu selalu ada persepsi negative kat pengemis area kL. Saya lupa yang sedekah itu juga rezeki. Kita bersedekah lalu kita mendapat pahala. Pahala itu manfaat buat diri kita di akhirat. Jadi sedekah itu rezeki. Allah malah menyuburkan harta kita.

Banyak lagi cara-cara menjemput rezeki yang dihuraikan dalam buku ni. Seperti:

Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
Menjemput Rezeki Dengan Zikir
Menjemput Rezeki Dengan Doa
Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
Menjemput Rezeki Dengan Asma' ul-Husna
Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha


~InsyaAllah~

p/s buku ni sangat best dan mengubah persepsi saya mengenai rezeki. maklumlah duduk di kL kos sara hidup memang tinggi. Lagi2 kita perlu banyak menyimpan untuk kegunaan masa depan untuk contingency, kahwin, keluarga dan belajar. Ilmu juga rezeki kerana memberi manfaat kepada pengamal. Udara juga rezeki. Kesihatan juga rezeki. 
Apabila kita merasakan nilai diri kita lebih besar daripada wang ringgit, kita merasakan kita manusia paling kaya di dunia ini.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...



Sedekah kepada binatang merupakan cara bersedekah yang ikhlas kerana binatang tak tahu nak ucap terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Lebih kurang 14 tahun lepas, sewaktu kak Hida berusia 20 tahun, kak Hida pernah hadapi masalah kulit breakout yang sangat teruk! Pada waktu tu, kak Hida merupakan seorang mahasiswi di sebuah IPTA awam. Bayangkanlah dalam keadaan kulit berminyak dan berjerawat waktu tu, agak tidak selesa untuk hadiri kuliah dan kurang keyakinan untuk kerja berkumpulan atau pembentangan tugasan kuliah. Macam-macam produk kak Hida telah cuba namun tak berkesan 🥺.  Akhirnya, emak kak Hida bawa kak Hida ke klinik untuk berjumpa dengan doktor tentang masalah kulit kak Hida ni lah. Waktu tu, doktor cuma bekalkan dengan ubat-ubatan. Lepas habis bekalan ubat tu, kena berulang alik pula untuk top-up ubat. Akhirnya, kak Hida give up dengan cara ni. Tak lama lepas tu, emak kak Hida bawa pula kak Hida ke spa untuk rawatan muka. Yang ini kak Hida suka sangat! Siapa tak suka kan kalau muka dibelai dan dimanja 😆. Namun, efek selepas rawatan di spa sangatlah teruk. Habis muka kak Hida berlubang-lubang dan meninggalka

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Boleh