Skip to main content

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Lebih kurang 14 tahun lepas, sewaktu kak Hida berusia 20 tahun, kak Hida pernah hadapi masalah kulit breakout yang sangat teruk!

Pada waktu tu, kak Hida merupakan seorang mahasiswi di sebuah IPTA awam. Bayangkanlah dalam keadaan kulit berminyak dan berjerawat waktu tu, agak tidak selesa untuk hadiri kuliah dan kurang keyakinan untuk kerja berkumpulan atau pembentangan tugasan kuliah.

Macam-macam produk kak Hida telah cuba namun tak berkesan 🥺. 

Akhirnya, emak kak Hida bawa kak Hida ke klinik untuk berjumpa dengan doktor tentang masalah kulit kak Hida ni lah.

Waktu tu, doktor cuma bekalkan dengan ubat-ubatan. Lepas habis bekalan ubat tu, kena berulang alik pula untuk top-up ubat. Akhirnya, kak Hida give up dengan cara ni.

Tak lama lepas tu, emak kak Hida bawa pula kak Hida ke spa untuk rawatan muka. Yang ini kak Hida suka sangat! Siapa tak suka kan kalau muka dibelai dan dimanja 😆.

Namun, efek selepas rawatan di spa sangatlah teruk. Habis muka kak Hida berlubang-lubang dan meninggalkan kesan parut untuk mengeluarkan isi-isi jerawat yang hitam dan membeku dalam kulit.

Perawat spa kata, parut-parut tu semua akan hilang kemudian dengan sapuan krim. Tapi tak hilang pun 😞.


Itu cerita 14 tahun lepas. Sewaktu kak Hida belum ada kesedaran tentang kepentingan mengambil supplement untuk kulit 🙂.

Namun sekarang dah banyak kajian yang dilakukan untuk menjaga kesihatan kulit. Kak Hida share di sini untuk adik-adik semua dapat belajar sesuatu daripada pengalaman kak Hida ni.

TIPS MEMILIH VITAMIN KULIT

1. Vitamin C
Amalkan pengambilan Vitamin C untuk bantu pembentukan kolegen pada kulit. 

Vitamin C juga berfungsi sebagai antioksida untuk menghalang radikal bebas yang menyebabkan penuaan sebelum usia.

Jika adik-adik ada mengalami gatal-gatal pada kulit, alergi atau jerawat sangat bagus untuk amalkan Vitamin C setiap hari.


2. Protein
Pernah dengar tak minum susu untuk kulit cantik? ☺️. Minum susu memang membantu untuk kulit cantik sebenarnya tau. Dalam susu ada protein untuk bantu bina sel-sel kulit yang baru.

Baru-baru ni kak Hida ada mengambil susu soya ESP daripada Shaklee. Alhamdulillah kulit kak Hida rasa anjal dan lembap kerana kandungan Niacinamide yang ada dalam susu tersebut.


3. Kawal pengambilan gula
Sebenarnya gula ni penyebab keradangan. Pernah dengar tentang proses GLYCATION?

Bila kita ambil gula/karbo berlebihan, akan berlakunya proses glycation (baked) yang makin lama akan buat kulit makin tua dan rosak.

Proses glycation menyebabkan kolegen dan elastin kulit kita semakin berkurangan.

4. Skincare?
Kak Hida cuma boleh cadangakan pilihlah skincare yang organik atau natural yang tidak mengandungi bahan kimia berbahaya yang akan diserap semula kedalam badan.

Contohnya pengambilan skincare youth daripada Shaklee memang terbukti selamat dan berkesan untuk wanita.

Set Rahmah Vitamin Kulit

Sebelum terlambat, kak Hida nak beritahu tentang promosi terbaru Vitamin Kulit daripada Shaklee dengan Harga RM99 sahaja 🤍

Boleh hubungi kak Hida di sini untuk konsultasi atau web shaklee untuk pembelian melalui website.

Salam sayang,
Kak Hida.

Comments

Popular posts from this blog

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Boleh