Skip to main content

Bisnes Online Dari Rumah

Kak Hida masih ingat cerita 7 tahun lepas sewaktu bermula bisnes online dari rumah. Direct je kak Hida tanya suami waktu tu.

"Abang, apa kelebihan sayang?"

- Sayang pandai menulis.

"Ok, sayang nak Bisnes Online"

Straight to the point 🤣

25 Mei 2015, kak Hida decide untuk melepaskan jawatan dari seorang executive syarikat untuk sambung master. Lepas dah habis master waktu tu, kak Hida tak terus cari kerja tapi plan untuk kerja dari rumah.

Apa salahnya jadi surirumah yang ada master kan? Masalah orang sekarang, tak puas hati bila perempuan belajar tinggi tapi tak kerja 🤣.

Dah suami kita nak bagi nafkah secukupnya. Kita duduk jela rumah jaga anak-anak kan. Lagi pun senang dia nak jaga solat berjemaah kat surau. Tak risau isteri dia yang cantik ni meeting sana sini dengan lelaki lain. Kih kih kih 🤭. 

Biarlah apa orang cakap, yang penting bila dah kahwin ni, kita selesaikan urusan rumah tangga sendiri. Kita yang hadap susah senang bersama.


2016, Kak Hida bermula bisnes online pada waktu tu sebagai dropship tanpa modal menjual Essential Oil. Alhamdulillah, rezeki kak Hida dinobatkan sebagai seller harapan dan berjaya buat sales RM1000 untuk kali pertama.

Kak Hida menjual pada waktu tu di Facebook. Senang jugak tak perlu keluar modal, tak perlu pos barang.

Cuma dari segi marketing material waktu tu agak sukar didapati.

2017 - Cuba untuk menceburi bidang kecantikan. Bermodalkan duit simpanan RM500, upgrade ke agent dan ambil stok serum muka. Alhamdulillah permintaan sangat menggalakkan. 

Ditipu founder jadian.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Sedang permintaan tengah meningkat, duit pula dilarikan founder 🥲. Cerita lama, katanya masalah dengan kilang. Pihak kilang pula kata duit tak dibayar. Ntahlaaaa. Risiko jugak kan pegang stok ni?

2018-2019, bercuti panjang untuk mengandung dan bersalin Zubair dan Huzaifah. Senang je kan kerja dari rumah ni. Siap boleh cuti lama-lama. Dengan duit-duit pun ikut bercuti sekali 😂. 

Menceburi bidang MLM

2020 - Menjual alatan pembersihan rumah. Kali ni agak berbeza sedikit sebab kak Hida mula bangunkan team. Alhamdulillah dapat naik pangkat sehingga ke tangga ke 4. Income waktu tu pun mula stabil hingga 4 angka sebulan.

Bisnes dengan team ni sebenarnya lebih mudah. Kita boleh remote bisnes kita dimana-mana walaupun kita sedang bercuti, duit tetap masuk.

Paling seronok bila ada rewards dari HQ dan leaders. Tahun lepas, kak Hida berpeluang bawa ahli keluarga bercuti ke hotel 5 bintang! Semuanya ditaja pihak HQ 😍.


Cabaran bisnes dengan team ialah kita kena kekalkan momentum dan sentiasa bangunkan team kita. Kebesaran team berkadar langsung dengan kebesaran income kita.

Suka-suka, lama-lama jatuh cinta.

2023 - Mencabar diri untuk menceburi bidang baru dalam dunia kesihatan. Awalnya kak Hida cuma nak jadi pengguna ESP Shaklee untuk ganti puasa, tapi sejak jadi pengguna ni banyak kesan positive yang kak Hida dapat dari Shaklee.

Contohnya, period jadi teratur, kulit jadi lembut. Paling kelakarnya, waktu kak Hida consume zink Shaklee tu terus ter-pregnant si Zaid ni. Kemujaraban apakah 😂.

Bila kak Hida riki-riki kat kawan-kawan, ramai pulak yang nak teringin nak mencuba. So why not kita open table je jual Shaklee kan.

Barang baik, takkan tanak jual 🤣.

Korang yang baru-baru nak start bisnes online ni, kena dengar nasihat kak Hida tau.

Nak bisnes online tanpa modal? Nak run bisnes online dari rumah? Nak bisnes yang bagi keuntungan in long-term? Baca tips kat bawah ni:

IDEA BISNES ONLINE 2023

1. Bisnes dengan team (Paling Penting!)

Pilih bisnes dengan team. Macam kak Hida bagitau kat atas. Bisnes dengan team ni kita boleh remote bisnes kita dimana-mana dan bila-bila.

Contohnya kita nak pergi umrah, tak perlu kita nak tutup kedai seminggu. Bisnes tetap jalan seperti biasa. Nak beranak? Ya silakan beranak, bisnes tetap onzz 😂.

2. Tak perlu urus postage

Zaman dah canggih. Klik-klik depan henfon je.

Buat apa pegang barang kalau HQ dah setup warehouse kan? Kita pun senang tak ada risiko parcel hilang, tak payah keluar kos balut parcel, tak payah berpanas beratur kat pejabat pos. Banyak sangat jimat masa,tenaga dan duit kat situ.

3. Pilih produk yang repeat order tinggi

Ni kak Hida rasa ramai terlepas pandang. Bila repeat order tinggi, (cam Shaklee ni la). Maksudnya produk tu bagus. Bila produk tu bagus, maksudnya baguslah income korang pun akan bertambah bulan-bulan.

Apa korang buat bisnes ni nak buat kebajikan je ke? Jujurlah kita buat bisnes sebab nak untung 🤑.

4. Yuran rendah tapi untung tinggi

Antara banyak-banyak bisnes kak Hida survey, Shaklee ni paling rendah untuk entry bisnes. Sebab kak Hida join Shaklee ni pun FREE je tau 🤣.

Free tapi ada syaratnya lah. Taktu korang kena bayar RM35 untuk entry.

Kebetulan bulan ni ada promosi untuk pelanggan yang membeli Healthy Rahmah Set dapat FREE membership.

Cara nak join Bisnes Online Shaklee tanpa modal.

1. Klik link ini untuk ke website Shaklee

2. Bila nampak borang ni, isikan email, password dan tick semua kotak. Login semula dan isikan semua maklumat peribadi.

3. Pergi ke bahagian Shop di website Shaklee dan pilih Healthy Rahmah Set.


4. Automatik dekat sini korang terus dapat harga distributor dan free membership (bernilai RM35). Add to cart dan buat pembayaran.

5. TAHNIAH! Boleh start your journey with Shaklee. Kalau ada yang tak faham, boleh hubungi kak Hida untuk bantuan ya.

Whatsapp Kak Hida di nombor ni.


Salam sayang 🤍,
Kak Hida

Comments

Popular posts from this blog

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Lebih kurang 14 tahun lepas, sewaktu kak Hida berusia 20 tahun, kak Hida pernah hadapi masalah kulit breakout yang sangat teruk! Pada waktu tu, kak Hida merupakan seorang mahasiswi di sebuah IPTA awam. Bayangkanlah dalam keadaan kulit berminyak dan berjerawat waktu tu, agak tidak selesa untuk hadiri kuliah dan kurang keyakinan untuk kerja berkumpulan atau pembentangan tugasan kuliah. Macam-macam produk kak Hida telah cuba namun tak berkesan 🥺.  Akhirnya, emak kak Hida bawa kak Hida ke klinik untuk berjumpa dengan doktor tentang masalah kulit kak Hida ni lah. Waktu tu, doktor cuma bekalkan dengan ubat-ubatan. Lepas habis bekalan ubat tu, kena berulang alik pula untuk top-up ubat. Akhirnya, kak Hida give up dengan cara ni. Tak lama lepas tu, emak kak Hida bawa pula kak Hida ke spa untuk rawatan muka. Yang ini kak Hida suka sangat! Siapa tak suka kan kalau muka dibelai dan dimanja 😆. Namun, efek selepas rawatan di spa sangatlah teruk. Habis muka kak Hida berlubang-lubang dan meninggalka

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Boleh