Skip to main content

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula" 

Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang.

Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini.


Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya?

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

1. Ambil lebih protein semasa bersahur

Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur. 

Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat.


Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Boleh juga ambil PROTEIN SHAKE untuk memudahkan persiapan bersahur.


2. Kurangkan pengambilan Karbohidrat dan lebihkan pengambilan Lemak sihat dalam hidangan.

Ramai orang sangka dengan makan lemak akan menyebabkan kegemukan. Sebenarnya dengan makan lemak, badan kita akan lebih mudah untuk membakar lemak sebagai tenaga.

Contoh lemak sihat ialah santan, minyak kelapa, pure butter, minyak zaitun, minyak ikan (omega 3), daging, ayam, keju.

Dalam kelas 'Fat Burning Machine' (FBM), kami belajar cara untuk menanak 'nasi kebal' iaitu nasi yang tinggi lemak, tinggi probiotik dan rendah karbohidrat 👍.

3. Cukupkan nutrisi harian dengan vitamin dan mineral tambahan.

Apabila berpuasa, badan kita akan kekurangan banyak nutrisi. Oleh itu, kita perlu tambah semula kehilangan nutrisi tadi dengan makan makanan berzat.

Jika tidak, kita akan mudah mengalami masalah kehilangan kolegen seperti rambut gugur, kuku pecah dan kulit geleber. Paling teruk, kita mungkin akan mengalami masalah kehilangan jisim otot dan jisim tulang.

Oleh itu penting untuk kita amalkan pengambilan multivitamin, kalsium, protein dan antioksida untuk menyokong fisiologi tubuh.

Mudah-mudahan dengan menurunkan berat badan di bulan Ramadan dapat membantu kita untuk fokus beribadah dengan lebih sihat dan bertenaga di samping dapat mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat. InsyaAllah.

Bagi yang berminat untuk mengikuti kelas diet FBM untuk menurunkan berat badan dengan enjoy dan efektif boleh hubungi saya di Whatsapp.

Salam Sayang 🤍
Hidayah Idris

Comments

Popular posts from this blog

Hello New You! Jadilah Diri Anda Yang Baru.

Badan selalu lemau, mudah stress, period tak teratur dan berat badan naik mendadak. Itulah kak Hida 5 tahun yang lalu. Sebenarnya badan kita apabila tinggi dengan toksin, ia akan mula meradang dan muncul pelbagai jenis penyakit akibat insulin yang tidak terkawal. Bagaimana nak tahu badan kita penuh dengan toksin? Cuba cek 25 tanda di bawah. Jika ada salah satu tanda sahaja pun sudah cukup membuktikan badan kita tinggi rintangan insulin. Dengan kata lain, badan tidak sensitif dengan insulin akibat gula dalam badan yang sentiasa TINGGI! Jadi badan terpaksa hasilkan lagi banyak insulin. Lagi tinggi gula, lagi tinggi insulin. Badan anda akan mula menyimpan lemak, kurang tenaga kerana insulin tak boleh berfungsi dgn baik.  Gula yang tinggi juga boleh menyebabkan keradangan dalam badan, dan menjadi penyebab tercetus ekzema dan elergi. Fat Burning Machine  Fat Burning Machine (FBM) adalah salah satu formula kurus yg berkesan dengan melatih badan untuk bakar lemak sendiri....

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki...