Skip to main content

Anak yang paling menguji kesabaran

Yang paling lasak...
Yang paling bijak...
Suka buat ummu rasa nak gugur jantung dengan perangai 'aneh' dia.

Masa umur 2 bulan dah kena ekzema. Habis semua kulit gebu dia ni jadi merah bernanah 😭.

Masa umur 2 tahun dah masuk operation room untuk minor operation undescended testis. Syukurlah dah selesai dan selamat semuanya 🤲.

Paling banyak menguji kesabaran ummu bila dia memanjat sana sini, mandi kat sinki dapur sampai banjir dapur ummu dan hilang dekat kedai sebab nak ambil lolipop. Ingat pulak tempat letak lolipop kat kedai. 

Letih sangat nak kejar Huzaifah. Sampaikan masa ummu mengandung Zaid dulu, rasa macam banyak kali contraction berlaku mungkin sebab stress kejar Huzaifah 🤣

Tapi, antara anak-anak tu Huzaifah la yang paling penyayang. Suka berkawan dan suka haiwan. Sayang abang Zubair dan adik Zaid dia. Bila dekat luar tiba-tiba jadi extra protective ❤️.

Dalam ramai-ramai anak tu mesti ada ujian dan hikmah disebaliknya. Walau apa pun, ummu tetap sayangkan semua anak-anak ummu: Zubair, Huzaifah dan Zaid.

Ummu kerja untuk anak-anak.
Ummu sacrifice kerja pun untuk anak-anak.


Ummu Hidayah Idris

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Bo...

Hello New You! Jadilah Diri Anda Yang Baru.

Badan selalu lemau, mudah stress, period tak teratur dan berat badan naik mendadak. Itulah kak Hida 5 tahun yang lalu. Sebenarnya badan kita apabila tinggi dengan toksin, ia akan mula meradang dan muncul pelbagai jenis penyakit akibat insulin yang tidak terkawal. Bagaimana nak tahu badan kita penuh dengan toksin? Cuba cek 25 tanda di bawah. Jika ada salah satu tanda sahaja pun sudah cukup membuktikan badan kita tinggi rintangan insulin. Dengan kata lain, badan tidak sensitif dengan insulin akibat gula dalam badan yang sentiasa TINGGI! Jadi badan terpaksa hasilkan lagi banyak insulin. Lagi tinggi gula, lagi tinggi insulin. Badan anda akan mula menyimpan lemak, kurang tenaga kerana insulin tak boleh berfungsi dgn baik.  Gula yang tinggi juga boleh menyebabkan keradangan dalam badan, dan menjadi penyebab tercetus ekzema dan elergi. Fat Burning Machine  Fat Burning Machine (FBM) adalah salah satu formula kurus yg berkesan dengan melatih badan untuk bakar lemak sendiri....

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki...