Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Kisah sepohon mangga

Assalamualaikum w.b.t. Kisah sepohon mangga itu Ianya seperti milik seorang jiran Bukan, bahkan ianya ialah milik Allah S.W.T Sepohon mangga itu akarnya menjalar Memecahkan simen-simen rumah kami Bahkan hati-hati kami jadi retak-retak Sepohon mangga itu getahnya banyak Menghujani kenderaan kami, pakaian kami Seseorang melihat dan jatuh kasihan Mengapa tidak kau racuni saja pohon ini? Ya Allah berilah kami pahala atas kesabaran ini Wahai sepohon mangga, Jika kau hidup kerana diri kamu sendiri Kami tidak menginginkan kamu Tapi jika kamu hidup atas izin Allah Maka hiduplah kamu Hikmahnya jauh baru kini muncul bererti Sepohon mangga itu merimbun menutupi rumah Menghalang mata-mata kafir dan fasiq Memanah terus rumah kami Subhanallah Syukur kami atas pemberian Sepohon mangga ini

Kejayaan Sebenar

Assalamualaikum w.b.t Selawat dan salam kepada nabi yg kita sayangi. Ada manusia diuji dgn harta. Ada manusia diuji dgn kemiskinan. Ada manusia diuji dgn anak yg ramai, ada manusia diuji dgn tiada anak. Ada manusia diuji dgn pasangan hidup. Berkeluh-kesah. Mencari2 erti hidup. Mencari amalan terbaik. Mencari kejayaan sebenar di sisi Allah dan Rasul. Allahuakbar! Rasulullah bersabda mafhumnya, 3 harta yg paling baik disimpan yg akn memberi kebaikan di akhirat. Pertama, lidah yg selalu berzikir. Kedua, hati yg selalu bersyukur. Dan ketiga, isteri solehah yg membantu tugas2 agama. "Abg, adakah syg ini dikira isteri yg solehah?", tanya saya kpd suami sebelum tidur. Jawab abg, "kita tak tahu benchmark isteri solehah yg Rasulullah S.A.W. tetapkan". "Abg, walau apa pun, abg telah menjadi salah satu asbab syg berada di jln yg benar", kataku lg. Jawab abg,"kita tak tahu sama ada kita telah berada di jln yg benar dan kita tak tahu sampai b