Skip to main content

Berpurdah sempurna

Assalamualaikum wbt.

Buat pengetahuan, sy telah mula belajar2 berpurdah sejak Ramadhan.

Mcm mne boleh terfikir nk tambah shelai kain di muka?

Semuanya bermula sejak keluar di jalan Allah pada bulan Mei 2015 rujuk post Usaha Masturat 3 Hari. Itulah kali pertama sy mengenakan purdah di muka atau lebih tepat lg niqab yg menutup keseluruhan muka kerana apabila keluar di jalan Allah, ada beberapa adab yg perlu dipatuhi.

Sejak itu, sy bermula perlahan-lahan sempurnakan aurat sy spt pakai stokin dan tudung kasi labuh sikit. Sy ada gk beli tudung chiffon berpurdah. Reason? Ntahlah. Simpan. InsyaAllah Allah beri jalan.

Purdah tu yg tutup mulut. Niqab ni dia tutup mata mcm ala2 ninja sikit. Niqab tu yg best! Bila pakai niqab, rs mcm niqab tu membezakan antara perempuan berpurdah yg biasa dgn perempuan yg nk berpurdah sempurna.

Sy start dgn purdah colour2. Tudung pun singkat size L. InsyaAllah pelan2 kayuh nk labuhkan lg tudung tu.

Pengalaman
Baru beberapa 2 bulan ni, mmg agk mujahadah. Especially kita tak tahu cara nk mkn pki purdah/niqab kt luar. Jd byk folo page org2 pki niqab n sambil blaja kt youtube. Wah mujahadah jgn ckp la...masa mula2 tu mmg kotor2 la tudung n purdah sbb x dpt agk kedudukan mulut. N waktu kita mkn tu adalah mata2 akn curi2 pandang kita sebab nak tahu cara kita makan. Sabar dan sabar sehingga Alhamdulillah kita belajar cara yg kemas.

Kalau ikutkan bila dpn parents, in law, sedara, kawan kita pakai purdah mmg la malu. Sbb diorang tahu kita siapa. Tp baiknya Allah telah kutip kita dari longkang dan latih kita jd hambaNya yg taat. Mula2 pakai sorok2. Kemudian berani muncul ala2 ninja di rumah in law, parents n kwn2. Ntahla. Tak tau apa org ckp kt blakang or dpn or tepi kiri kanan. Kita cuma buat apa yg kita yakin benar... Lantak dioranglah.

Mula2 pakai purdah/niqab sbb nk hidupkan sunnah di akhir zaman. Pakaian isteri2 nabi. Makin lama akn makin sukar buat sunnah. Jd bila tgh lapang ni baik kita kejar pahala 100 mati syahid yg Allah nk bg ni. Org kata sunnah ni kan sunat jd x kisaaaah la... Sebenarnya mcm bonus la. Klu bos nk bg bonus ko x nk kejar kpi ke? Siapa yg rugi bila Allah kata nk bg bonus tp dia ckp x kisah la, bonus je pon... Pening @_@

Tadi tu mula2. Ni akhir2 pulak. Akhir2 ni bila terbaca pendapat drp mazhab Imam Syafii yg muktamad, bahawa berpurdah itu lebih berat ke arah wajib, jd... Jadi kita sebagai pengikutnya kena tutup muka. Kalau kita x ikut, kita nk ikut mazhab mana pulak? Malaysia berpegang kpd pendapat dhoif yg mana dibolehkan membuka purdah. Abeh tu kalau dh ada pendapat muktamad kenapa nk amik pendapat dhoif pulak?

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Bo...

Hello New You! Jadilah Diri Anda Yang Baru.

Badan selalu lemau, mudah stress, period tak teratur dan berat badan naik mendadak. Itulah kak Hida 5 tahun yang lalu. Sebenarnya badan kita apabila tinggi dengan toksin, ia akan mula meradang dan muncul pelbagai jenis penyakit akibat insulin yang tidak terkawal. Bagaimana nak tahu badan kita penuh dengan toksin? Cuba cek 25 tanda di bawah. Jika ada salah satu tanda sahaja pun sudah cukup membuktikan badan kita tinggi rintangan insulin. Dengan kata lain, badan tidak sensitif dengan insulin akibat gula dalam badan yang sentiasa TINGGI! Jadi badan terpaksa hasilkan lagi banyak insulin. Lagi tinggi gula, lagi tinggi insulin. Badan anda akan mula menyimpan lemak, kurang tenaga kerana insulin tak boleh berfungsi dgn baik.  Gula yang tinggi juga boleh menyebabkan keradangan dalam badan, dan menjadi penyebab tercetus ekzema dan elergi. Fat Burning Machine  Fat Burning Machine (FBM) adalah salah satu formula kurus yg berkesan dengan melatih badan untuk bakar lemak sendiri....

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki...