Skip to main content

Perjalanan TTC

Perjalanan TTC ini telah berakhir.

Saya percaya bahawa takdir ini telah Allah tuliskan untuk saya sejak di Luh Mahfudz lagi. Kali pertama dalam hidup ini mendapat double line, hati saya terus berkata 'Alhamdulillah, telah tiba masanya'.

Sebelum itu, saya perkenalkan diri saya. Saya Hidayah Idris. Mempunyai sejarah PCOS dengan flip ratio FSH:LH, 3:1. Saya telah berTTC selama lebih kurang 3 tahun 8 bulan.

Misi saya ialah untuk membetulkan keseimbangan hormon dalam badan dengan cara reverse ratio FSH:LH kepada 1:3 dan kurangkan estrogen dominance.

#OptimizeHormone

Ini adalah apa yang saya ikhtiarkan 2 bulan sebelum conceived. Sebenarnya Allah lah yang telah mengizinkan ia berlaku.

1. Tidur awal untuk optimize hormon melatonin.

Saya tidur seawal pukul 10 malam dalam keadaan bilik 'bergelap gelita' tanpa sebarang lampu tidur atau handphone.

Paling penting tidur nyenyak untuk bantu badan repair segala sel yang rosak.

Hormon Melatonin mula dirembeskan bermula jam 10 malam - 430 pagi. Selain tu, dapat merehatkan tiroid yang keletihan untuk optimize hormon tiroid.

*kaedah ini tidak berkesan dilakukan tidur pada waktu siang.

2. Intermitten Fasting, IF

Saya amalkan intermitten fasting 12-14 jam sehari. Saya puasa malam, meaning close kitchen early.

Sarapan pukul 8 am, Lunch 12 pm dan dinner 7 pm. Saya cuma makan dengan teratur ikut jadual ini. Tiada snack dan hanya minum air kosong.

Tujuan utama saya nak kurangkan viceral fat pada badan yang menyebabkan estrogen dominance.

3. Low Carb, High Fat diet (Keto diet)

Saya kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat dan ambil good fat. Boleh google makanan jenis ini.

*NO sugar and refined sugar. NO proses foods. NO gluten. NO AT ALL

Tahan nafsu daripada craving yang merosakkan badan.

4. Supplements

- Active vitamin B and minerals + selenium

- Omega 3 Fish Oil with IFOS standard (untuk anti inflammantory)

- Magnesium Oil (Saya sapu di tapak kaki sebelum tidur)

- Vitamin C + Cucurmin (antioksidan)
.
.
Itu sahaja rasanya yang saya buat. Nampak macam mudahkan? Ye basic sahaja jaga tidur dan jaga makan.

Saya loss 2 kg waktu bulan pertama. Dan target another 2 kg bulan kedua. Alhamdulillah bulan kedua, Allah beri rezeki pregnant.

Saya masih amalkan rutin ini sewaktu mengandung. Cuma sekarang saya kerap lapar dan saya banyak juga langgar rutin ini.

PCOS is all about keseimbangan hormon badan. Jadi memang kena maintain dan optimize your hormone for the rest of your life!

Alhamdulillah. Thank you Allah. Beri kesembuhan dengan cara ini. Doakan saya dalam perjalanan seterusnya dan selamat melahirkan anak pertama saya.

Saya juga doakan anda semua berjaya mencapai impian masing2. Amin ya Rabb.

Comments

Popular posts from this blog

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Lebih kurang 14 tahun lepas, sewaktu kak Hida berusia 20 tahun, kak Hida pernah hadapi masalah kulit breakout yang sangat teruk! Pada waktu tu, kak Hida merupakan seorang mahasiswi di sebuah IPTA awam. Bayangkanlah dalam keadaan kulit berminyak dan berjerawat waktu tu, agak tidak selesa untuk hadiri kuliah dan kurang keyakinan untuk kerja berkumpulan atau pembentangan tugasan kuliah. Macam-macam produk kak Hida telah cuba namun tak berkesan 🥺.  Akhirnya, emak kak Hida bawa kak Hida ke klinik untuk berjumpa dengan doktor tentang masalah kulit kak Hida ni lah. Waktu tu, doktor cuma bekalkan dengan ubat-ubatan. Lepas habis bekalan ubat tu, kena berulang alik pula untuk top-up ubat. Akhirnya, kak Hida give up dengan cara ni. Tak lama lepas tu, emak kak Hida bawa pula kak Hida ke spa untuk rawatan muka. Yang ini kak Hida suka sangat! Siapa tak suka kan kalau muka dibelai dan dimanja 😆. Namun, efek selepas rawatan di spa sangatlah teruk. Habis muka kak Hida berlubang-lubang dan meninggalka

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Boleh