Skip to main content

Berusaha mencapai mampu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum

Usai membaca buku 'Sebelum Aku Bernikah' karya Hilal Asyraf.
Sebenarnya dah lama saya mencari buku ni. Tapi sebab asyik kehabisan stok, hari jumaat tu saya dapatkan di Kinokuniya KLCC itupun selepas stok buku itu dikeluarkan. Masih belum diletakkan di rak.

Jadi mengapa saya betul-betul mahu membaca buku ini? Saya rasakan sejak dua menjak ni hati saya lalai. Saya takut perjalanan cinta saya yang masih jauh ni menyebabkan jalan saya bercinta ni tersasar. Saya rasakan perubahan diri bila saya yang semakin sensitif, kalau kehendak tak dituruti, mulalah nak merajuk. Kadang-kadang teringat-ingat pada si dia, menyebabkan saya khuatir dan muhasabah semula hubungan ni. Saya risau dengan tidak menjaga hubungan ini pada jalan yang diredhaiNya menyebabkan kehilangan barakah dan asas kepada perkahwinan ini menjadi rapuh. Nauzubillah...

Kata Hilal, cinta itu apabila membawa ke syurga. Jadi apa-apa yang tidak membawa ke syurga bukan cinta namanya! Saya sendiri masih kabur dengan definisi cinta menurut Islam. Kerana saya dan dia sudah terlanjur cinta. Apa yang kami mampu buat ialah menyegerakan perkahwinan. Tapi apakah dengan menyegerakan perkahwinan itu dapat menyelesaikan masalah kami? Adakah dengan berkahwin dapat menjaga hubungan kami? Ya, perkahwinan dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri. Tapi, saya juga khuatir dengan persiapan diri saya ke arah itu.

Perkahwinan hanyalah sebuah gerbang ke arah rumah tangga. Selepas majlis perkahwinan, bermulanya kehidupan yang sebenarnya. Kita akan hidup dengan si dia, yang dulunya kita hanya jumpa mungkin paling lama setengah hari, tapi lepas ni 24 jam kita bersama dia dan mengetahui keburukannya pula. Mustahil ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Sekarang kita nampak dia cantik, wangi, tapi lepas ni kita nampak dia kusut masai dan busuk sebab tak mandi pagi lagi dan gosok gigi.

Kita bercinta dengan manusia yang dijadikan daripada tanah, bukannya cahaya

Jadi mustahil diterjah rumah tangga ini tanpa persiapan rohani, emosi dan kewangan secukupnya. Orang boleh berkahwin serendah 2k, tapi untuk menjamin nafkah kepada anak dan isteri adalah hal yg lain pula. InsyaAllah dalam kes ini Allah akan menolong daripada segi rezeki dan kemampuan jika kita berusaha. 

Dari segi agama pula, mustahil seorang ibu dan ayah dapat berlakon di depan anak-anak seumur hidup mereka bagi memastikan anak-anak menerima acuan yang sebaiknya. Mustahil anak-anak ini akan menjadi anak yang baik, jika melihat ibu bapanya solat lewat, mengumpat dan panas baran. Jadi apa yang perlu kita lakukan ialah diri kita sendiri perlu berusaha keras bagi mempersiapkan agama kita sebelum berkahwin.

Anak-anak dilahirkan umpama kain putih, kita yang bertanggungjawab mencorakkannya

Saya akui dari sudut emosi saya memang jenis yang agak beremosi. Banyak kali ujian sabar datang dalam diri saya. Ujian sabar, bertolak ansur, berlapang dada datang silih berganti untuk mentarbiah saya. Bukan mudah bagi seorang ibu yang selalu letih dan beremosi dalam menguruskan rumah tangga.

Semoga saya menjadi seorang yang menyayangi kanak-kanak, binatang dan menghormati orang tua, meneladani akhlak Rasulullah

Kesemua tiga perkara ini rohani, emosi dan kewangan masih belum saya mampu. Tapi saya insyaAllah akan berusaha kearah mampu. Perkahwinan bertujuan untuk membangunkan ummah. Asas ummah yang kuat bermula daripada ibu bapa yang baik. Asas negara Islam yang kuat adalah bermula daripada ummah yang kuat. Jadi cinta semata-mata tanpa didorong oleh objektif untuk melahirkan generasi yang rosak adalah sia-sia. Kasihan anak-anak yang bakal lahir disebabkan ibu bapa yang tidak sempurna agamanya.

Semoga segala kesalahan atau kekhilafan yang dilakukan oleh keluarga saya diampunkan dan tidak diulangi oleh diri saya sendiri dalam membentuk generasi Islam. Mungkin bukan anak saya yang baik, tapi mungkin cicit saya nanti yang soleh dan solehah.

Saya pun takut jugak ni. Saya rasa saya tak matang lagi, tapi tiba-tiba kena fikir pasal kahwin. Tapi kalau tak berkahwin, saya sendiri rasa sia-sia bergaul bebas tanpa hala tuju dalam hidup. Kerana akhirnya kita sendiri akan menghadap tuhan dengan amalan-amalan yang kita lakukan di dunia...


Jazakallahu khairan jazak...

Mari bermuhasabah

Comments

Popular posts from this blog

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Lebih kurang 14 tahun lepas, sewaktu kak Hida berusia 20 tahun, kak Hida pernah hadapi masalah kulit breakout yang sangat teruk! Pada waktu tu, kak Hida merupakan seorang mahasiswi di sebuah IPTA awam. Bayangkanlah dalam keadaan kulit berminyak dan berjerawat waktu tu, agak tidak selesa untuk hadiri kuliah dan kurang keyakinan untuk kerja berkumpulan atau pembentangan tugasan kuliah. Macam-macam produk kak Hida telah cuba namun tak berkesan 🥺.  Akhirnya, emak kak Hida bawa kak Hida ke klinik untuk berjumpa dengan doktor tentang masalah kulit kak Hida ni lah. Waktu tu, doktor cuma bekalkan dengan ubat-ubatan. Lepas habis bekalan ubat tu, kena berulang alik pula untuk top-up ubat. Akhirnya, kak Hida give up dengan cara ni. Tak lama lepas tu, emak kak Hida bawa pula kak Hida ke spa untuk rawatan muka. Yang ini kak Hida suka sangat! Siapa tak suka kan kalau muka dibelai dan dimanja 😆. Namun, efek selepas rawatan di spa sangatlah teruk. Habis muka kak Hida berlubang-lubang dan meninggalka

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Boleh