Skip to main content

3 Tips Maintain Berat Badan di Hari Raya Open House

Diam tak diam hampir berakhir bulan Syawal. Hampir terlupa dengan misi turun berat badan sepanjang Ramadan dek kerana berturut-turut open house.

Namun, ada 3 Perkara yang anda boleh lakukan semasa hari raya open house untuk kekalkan berat badan. 

3 Tips Maintain Berat Badan di Hari Raya Open House

1. Lebihkan makan daging dan protein

Bila makan daging yang tinggi dengan lemak dan protein, badan akan kenyang lebih lama dan kurang cravings makanan manis.

Sebelum keluar berhari raya open house tu, anda boleh minum dahulu secawan protein shake shaklee untuk alas perut.

2. Bawa air sendiri

Nak elak minum air manis di rumah orang, cubalah bawa botol air putih sendiri. Kalau perlu bawalah Stevia sebagai pengganti gula putih.

3. Elak pengambilan biskut dan kek

Sesekali berhari raya, tentulah teringin nak merasa biskut raya kan?

Boleh ambil biskut dengan berpada pada waktu makan hidangan berat. Bukan sebagai kudapan.

Perlu diingat, biskut dan kek ni walaupun ringan di tangan, tapi berat ditimbangan 😂.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Kak Hida dan keluarga 🥰.

Comments

Popular posts from this blog

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Bo...

Hello New You! Jadilah Diri Anda Yang Baru.

Badan selalu lemau, mudah stress, period tak teratur dan berat badan naik mendadak. Itulah kak Hida 5 tahun yang lalu. Sebenarnya badan kita apabila tinggi dengan toksin, ia akan mula meradang dan muncul pelbagai jenis penyakit akibat insulin yang tidak terkawal. Bagaimana nak tahu badan kita penuh dengan toksin? Cuba cek 25 tanda di bawah. Jika ada salah satu tanda sahaja pun sudah cukup membuktikan badan kita tinggi rintangan insulin. Dengan kata lain, badan tidak sensitif dengan insulin akibat gula dalam badan yang sentiasa TINGGI! Jadi badan terpaksa hasilkan lagi banyak insulin. Lagi tinggi gula, lagi tinggi insulin. Badan anda akan mula menyimpan lemak, kurang tenaga kerana insulin tak boleh berfungsi dgn baik.  Gula yang tinggi juga boleh menyebabkan keradangan dalam badan, dan menjadi penyebab tercetus ekzema dan elergi. Fat Burning Machine  Fat Burning Machine (FBM) adalah salah satu formula kurus yg berkesan dengan melatih badan untuk bakar lemak sendiri....

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki...