Skip to main content

Mencium Bau Syurga

Assalamualaikum w.b.t.

Semasa peristiwa nabi S.A.W. di Israq kan, nabi S.A.W telah melihat ramai wanita berada di neraka berbanding lelaki.

Perkara begini sepatutnya menjadi sebuah kerisauan terhadap wanita-wanita dan isteri-isteri kerana wanita-wanita yang disebutkan di atas, adalah wanita-wanita yang solat dan juga berpuasa. Tetapi kenapa wanita-wanita ini tetap di azab oleh Allah S.W.T.

Allah janji 3 perkara buat wanita yang ingin masuk ke syurga. 1) solat, 2) puasa dan 3) taat akan suami. Astaghfirullah... Perkara ke 3 inilah yang wanita sering terlepas pandang T.T.

Bau syurga itu dapat dihidu sejauh 500 tahun perjalanan

Amat merugikan jika wanita tidak dapat menghidu haruman syurga ini. Pesanan kepada diri saya ini lah...yang sebenarnya tak tahu bagaimana cara untuk taat seperti benchmark yang ditetapkan Allah dan rasulNya.

Meneladani Saidatina Atikah R.Ha.
Pada suatu hari Rasulullah telah berkata kepada puterinya Saidatina Fatimah R.Ha bahawa beliau akan menjadi penghulu bagi wanita di syurga kelak, akan tetapi ada seorang wanita lain yang akan memasuki syurga dulu sebelum Saidatina Fatimah R.Ha. Wanita tersebut ialah Saidatina Atikah R.Ha.

Saidatina Fatimah R.Ha telah pergi ke rumah Saidatina Atikah R.Ha dengan membawa Saidina Hussin R.A pada ketika itu masih kecil. Apabila tiba di sana Saidatina Atikah tidak membenarkan Saidatina Fatimah R.Ha masuk kerana membawa lelaki yang bukan muhrim iaitu Saidina Hussin R.A walaupun beliau masih kecil. Saidatina Fatimah R.Ha telah menghantar Saidina Hussin R.A pulang ke rumah.

Saidatina Fatimah R.Ha telah datang semula ke rumah Saidatina Atikah R.Ha dan dibenarkan masuk. Suatu ketika, Saidatina Atikah R.Ha telah meninggalkan Saidatina Fatimah R.Ha dan pergi bersiap-siap. Beliau telah menyediakan saprah, air dan rotan di suatu tempat dan kemudian pergi mandi.

Selepas itu, Saidatina Fatimah R.Ha telah bertanya kepada Saidatina Atikah R.Ha bahawa dia mahu ke mana? Dan untuk apakah ketiga-tiga benda yang telah disiapkan itu?

Saidatina Atikah R.Ha berkata, dia mandi dan bersiap-siap untuk menyambut kepulangan suaminya. Adapun saprah itu adalah sebagai alas duduk suaminya. Air itu sebagai minuman suaminya apabila pulang dan rotan itu adalah untuk memukul dirinya jika didapati ada layanannya yang tidak memenuhi keinginnan suaminya.

Lantas Saidatina Fatimah R.Ha menangis mendengar pengakuan itu dan memberi tahu tujuan sebenar kedatangannya untuk mengetahui amalan Saidatina Atikah R.Ha yang menyebabkannya masuk ke syurga lebih awal. Saidatina Atikah R.Ha telah bersyukur kepada Allah.

Sedih ye kisah ni... Saya teringat dengan perangai saya ni. Suami saya jelah yang tahu. Tapi suami saya seorang yang sabar. Tak pernah tinggikan suara pada saya. Suami saya sabar pujuk saya. Sedangkan sebenarnya saya telah melakukan dosa.

Kita lihat hari ini berapa ramai wanita merungut dengan kekurangan suami, kekurangan harta dan sebagainya. Sepatutnya wanita perlu selalu bersyukur dan ingatkan suami untuk mentaati ibunya.

Satu orang wanita yang meminyakkan rambut suaminya, Allah S.W.T ampun dosanya setahun lalu dan gantikan dengan setahun ibadah.

Alangkah bahagianya jika suami dan isteri dapat hidup dalam suasana faham akan agama.

Allahumma Faqihna fiddin. Ya Allah beri kami kefahaman dalam agama.

Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Lebih kurang 14 tahun lepas, sewaktu kak Hida berusia 20 tahun, kak Hida pernah hadapi masalah kulit breakout yang sangat teruk! Pada waktu tu, kak Hida merupakan seorang mahasiswi di sebuah IPTA awam. Bayangkanlah dalam keadaan kulit berminyak dan berjerawat waktu tu, agak tidak selesa untuk hadiri kuliah dan kurang keyakinan untuk kerja berkumpulan atau pembentangan tugasan kuliah. Macam-macam produk kak Hida telah cuba namun tak berkesan 🥺.  Akhirnya, emak kak Hida bawa kak Hida ke klinik untuk berjumpa dengan doktor tentang masalah kulit kak Hida ni lah. Waktu tu, doktor cuma bekalkan dengan ubat-ubatan. Lepas habis bekalan ubat tu, kena berulang alik pula untuk top-up ubat. Akhirnya, kak Hida give up dengan cara ni. Tak lama lepas tu, emak kak Hida bawa pula kak Hida ke spa untuk rawatan muka. Yang ini kak Hida suka sangat! Siapa tak suka kan kalau muka dibelai dan dimanja 😆. Namun, efek selepas rawatan di spa sangatlah teruk. Habis muka kak Hida berlubang-lubang dan meninggalka

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Boleh