Skip to main content

Susah payah dalam agama

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita telah masuk ke fasa ke-3 dlm bln Ramadhan. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk buat kebaikan.

Bertuah rasanya dpt jadi umat nabi Muhammad S.A.W, penghulu segala nabi dan umatnya menjadi penghulu segala umat. Allahuakbar!

Sungguh pemurah Allah. Umur umat akhir zaman ini pendek-pendek. Kata nabi, lebih kurang 60-70 tahun. Jadi, lailatul Qadr ini adalah satu kemurahan drp Allah S.W.T supaya ibadah kita menyamai ibadahnya umur umat terdahulu.

Satu malam al-Qard bersamaan 1000 bulan atau 83 tahun di darab dengan 70 gandaan pahala. Sekurang-kurangnya kita perlu jumpa 10x al-Qard dalam hidup ini.

Susah payah dalam agama.

Jika kita ingin syurga, jadi kita memang perlu akan susah payah itu seperti para sahabat sahabiah dahulu. Sebuah dialog antara wanita dunia dan bidadari syurga:

Kami lebih mulia kerana kami dicipta daripada cahaya dan tidak pernah berbuat dosa, kata sang bidadari.
Balas wanita dunia, kamilah yg lebih mulia kerana di dunia dahulu kami bersusah payah untuk agama.
Allah telah mendengar perbualan ini dan bersabda, wanita dunia adalah yang lebih mulia.

Susah payah untuk agama kerana akhirat adalah tempat menuai hasil. Susah payah dan sabar tunaikan perintah Allah. Susah payah dan sabar buat segala sunnah nabi pada zaman fahsyak dan mungkar ini.

Seperti suatu kisah seorang pelacur yg memberi minum seekor anjing yg kehausan di padang pasir. Allah telah ampun dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga. Kisah ini nampak ringkas jika tidak dihayati susah payah beliau. Beliau mencari-cari air di padang pasir. Kemudian turun ke dasar perigi, mencedok air menggunakan kasutnya, kemudian menggigit hujung kasutnya untuk memanjat perigi tersebut.

Susah payah para muzakirin yg berzikir mengingati Allah. Basah lidah mereka. Sentiasa berzikir 300,000 sehari. Sedang kita berzikir 300 pagi 300 petang sudah mahu mendamba syurga!

Susah payah ini bukanlah susah payah yang percuma. Tetapi susah payah beginilah yang menumbuhkan iman sebesar zarah.

Apabila manusia di bangkitkan kelak. Dia dihisab di depan Allah dihadapan seluruh umat manusia. Buku catatan amalan sebanyak 99 buah dibuka yang setiap satunya adalah sejauh mata memandang. Kemudian Allah akan bertanyakan sama ada amalannya telah dicatat dengan adil oleh malaikat tanpa berlebih kurang. Kemudian dia juga akan ditanya tentang keuzurannya tentang dosa-dosanya. Apabila ditimbang kesemua buku-buku itu dengan secebis kertas tertulis La Ilaha Illa Allah yang ada pada dirinya... Lebih berat lagi secebis kertas yang tertulis nama Allah itu. Subhanallah!

Jadi mulai hari ini kita kena latih diri dan keluarga untuk susah payah dalam agama untuk dapatkan nilai iman. InsyaAllah...

 
 



Comments

Popular posts from this blog

Menjemput Rezeki

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah saya berjaya memiliki dan memperolehi rezeki berupa sebuah buku. Buku ini saya memang point nak baca selepas final exam. Agak susah nak cari sebab out-of-stock. Alhamdulillah buku ini tinggal satu saja di rak kinokuniya klcc pada hari khamis lepas. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Buku bermanfaat ini bertajuk, "Mudahnya Menjemput Rezeki". Memiliki [vs] Rezeki Apa beza memiliki dan rezeki? Apa yg saya faham daripada pembacaan saya, memiliki ni hak kita, apa yang kita dapat daripada usaha kita. Contohnya, kita kerja dan kita 'memiliki' gaji setiap bulan. Manakala rezeki adalah apa2 benda yang bermanfaat samada halal atau haram. Halal atau haram, haram juga rezeki, rezeki yang tidak halal tapi bermanfaat. Rezeki, contohnya kita kerja dan kita memiliki gaji, lalu gaji itu kita gunakan untuk membeli makanan, kereta, rumah, etc. Jadi itu rezeki kita kerana ia memberi manfaat. Let say, kita memiliki 3 buah rumah. Tapi ki

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Lebih kurang 14 tahun lepas, sewaktu kak Hida berusia 20 tahun, kak Hida pernah hadapi masalah kulit breakout yang sangat teruk! Pada waktu tu, kak Hida merupakan seorang mahasiswi di sebuah IPTA awam. Bayangkanlah dalam keadaan kulit berminyak dan berjerawat waktu tu, agak tidak selesa untuk hadiri kuliah dan kurang keyakinan untuk kerja berkumpulan atau pembentangan tugasan kuliah. Macam-macam produk kak Hida telah cuba namun tak berkesan 🥺.  Akhirnya, emak kak Hida bawa kak Hida ke klinik untuk berjumpa dengan doktor tentang masalah kulit kak Hida ni lah. Waktu tu, doktor cuma bekalkan dengan ubat-ubatan. Lepas habis bekalan ubat tu, kena berulang alik pula untuk top-up ubat. Akhirnya, kak Hida give up dengan cara ni. Tak lama lepas tu, emak kak Hida bawa pula kak Hida ke spa untuk rawatan muka. Yang ini kak Hida suka sangat! Siapa tak suka kan kalau muka dibelai dan dimanja 😆. Namun, efek selepas rawatan di spa sangatlah teruk. Habis muka kak Hida berlubang-lubang dan meninggalka

Kalau Nak Kurus Dengan Cepat Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni

"Patut bulan puasa ni dapat turunkan berat badan. Tapi makin naik pula"  Ramai orang nak turunkan berat badan waktu bulan puasa, disamping fokus pada ibadah di bulan Ramadan. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya ramai yang kecundang. Mana taknya, setiap hari beratur di bazar untuk mencari lauk-pauk kegemaran. Tak lupa juga dengan hidangan enak di majlis berbuka puasa di sana sini. Namun, ada juga yang berusaha untuk mengehadkan pengambilan makanan, tapi masih tak berjaya menurunkan berat badan. Di mana silapnya? Kalau Nak Kurus Dengan Cepat  Di Bulan Puasa Ni, Ikut 3 Tips Ni 1. Ambil lebih protein semasa bersahur Ramai orang sangka, untuk kenyang lama perlu ambil lebih karbohidrat seperti nasi, roti dan oat semasa bersahur.  Sebenarnya pengambilan protein menyebabkan badan lebih kenyang lama. Protein mempunyai kandungan Glisemik Indeks (GI) yang lebih rendah berbanding karbohidrat. Pilih protein yang berkualiti seperti telur, tauhu dan dada ayam. Boleh